Pendamai.

” *Jgn cederakan hati rakan* “

Jangan berkasar dengan rakan kita. Jangan kita menjadi sebab perpecahan.

Inilah pesanan Murabbi Ummah Tuan Guru Hj Abdul Hadi kepada seluruh umat Islam khususnya ahli PAS sendiri.

Kita membawa panji penyatuan. Usah menari dan bergendang mengikut tarian mereka yang mungkin terlajak dan tergelincir. Musuh sedang menari kegembiraan. Media mereka seronok menyemarakkan api perpecahan.

Akhbar, FB, media group Wasap RBA Barua PH aktif mainkan ISU lama, foto & video lama. Jangan Kita terpengaruh Dan ikut viralkan.

Perpaduan itu nikmat yang perlu dipertahankan. Jadilah ejen penyatu. Halakan senjatamu kepada musuh bukannya kepada rakan sekutu. Pedihnya hati dengan kata-kata rakan tidak sepedih musuh memenangi negara kerana perpecahan kita. Insaflah wahai umat.

Jadilah pendamai bukannya pembakar api permusuhan.

Dr Khairuddin Takiri